Saturday, July 13, 2013

Melalui dia, aku diuji oleh-Nya

Salam Ramadhan,

Selamat pagi semua...!! Apa khabar awak semua hari ni? Saya harap kamu semua sihat2 hendak nye walaupun bulan ni semua umat Islam berpuasa di siang hari selama sebulan. Dalam bulan ini, segala pahala digandakan dari bulan2 biasa. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mengumpulkan sebanyak pahala yang mungkin melalui amal ibadah kita. Ada masa nanti saya share kan apa yang kita boleh lakukan sepanjang bulan yang mulia ini.

Tapi hari ini saya tak nak bercakap tentang tu. Saya nak luahkan perasaaan saya hari ni. Lama-lama pendam kadang - kadang boleh buat diri stress jugak. Memang laaa ada kawan - kawan untuk diluahkan, tapi macam tak puas lak meluahkan dengan dieorg. Masing - masing bagi pendapat yang berlainan. Naik pening otak ni nak hadam, macam lagi susah dari jawab final exam pulak.....huhuhu

Saya akui dalam hubungan tak semua nya indah tetapi saya sayangkan hubungan ni dan nak pertahankan nya seboleh mungkin. Jadi saya harus lah berusaha ke arah itu. Adakala nya saya rasa seperti rezeki tidak memihak pada saya. Saya memang tak suka orang tipu saya laa. Kenapa harus nak menipu? Kan itu salah satu sikap yang tak baik. Kan lebih baik kalau kita jujur. Kejujuran tu umpama sayur yang pahit nak ditelan tapi khasiat nya baik untuk kesihatan. Menipu tu manis je macam gula tapi merosak kan gigi kalau lebih boleh kena kencing manis.

Kadang - kadang saya tak faham kenapa harus dia buat macam tu. Memang laa orang cakap bagi laaa peluang kedua. Tapi ni bukan 1st time dia buat macam ni. Tahun lepas pun pernah buat, ni buat lagi kerja tipu menipu ni. Tak faham betul laaa. Kang saya menipu lagi banyak baru tau....haishhh Nasib laaa akal saya masih boleh fikir waras lagi. Saya masih boleh fikir kalau saya menipu nanti saya jugak yang dapat dosa. Tambah2 kalau orang yang saya tipu tu dapat tahu, mestilah dia kecewa dengan saya kan. Saya tak nak laa macam tu kan.

Kalau pun tak nak saya ganggu masa dia balik cakap je laaa. Saya boleh cuba untuk memahami kan. Memang laaa saya teringin sangat nak jumpa dia. Tapi dah kalau dia xde masa dan tak sempat apelah salah terus terang je macam tu. Saya boleh cuba faham memandang kan keadaan kedua - dua belah kealuarga macam mana kan. Saya rasa banyak lagi benda dia tak suka tapi xnak bagi tahu. Yang diberi hanyalah alasan bermacam bagai. Lagi saya rasa (IIIIIEEEEE!!) macam nak marah je tapi kena control jugak. Kalau tak control habis2.



Saya tak suka bila saya tak tahu ape dia tak suka saya buat. Lagi rasa janggal bila yang bagi tahu tu kawan sendiri....hadoi2     Rasa macam...tak pandai lak nak jelas kan macam mana....haishhh  kalau bagitau sendiri kan senang, ni bagi alasan tu bagi alasan ni. Kalau xsuka cakap je laa terang2. Ni nak selindung2 lagi di balik bayang-bayang. Fuhh...jap nak berhenti.....puasa2 ni kena sabar banyak2...(*_*!)

Hurmmm......setelah dinasihatkan oleh kawan2, saya buat keputusan untuk mendiamkan diri seketika. Nak bagi ruang kat dia. Dia nak buat ape lantak lah. Saya malas nak jadi busy body buat seketika. Saya tak nafikan memang saya busybody nak tau semua yang dia buat. Mungkin sebab tu lumrah seorang perempuan yang mempunyai sifat concern dalam diri. Agak nye sifat concern saya terlebih pulak kot samapai dia sesak nafas.

Saya bukan apa, cuma nak dia rasa yang saya sentiasa ada untuk dia dan tak pernah nak tinggalkan dia apetah lagi nak menduakan dia.  Mungkin secara fizikal nya jarak kami jauh, tapi saya nak dia tau saya sentiasa dekat dengan dia untuk temani dia walaupun bukan secara fizikal. Mungkin dia tak paham2 tu kot walaupun saya dah terangkan banyak kali....hurmmm

Saya masih terkilan sebab da tak bagi tahu perkara yang dia rasa kurang selesa dengan saya tapi saya masih lagi buat perkara tu. Sebab nya saya memang tak tahu langsung yang dia tak suka. Patut laaa kalau saya buat macam tu je mesti dia macam nak berdalih2. Kenapa lah otak saya ni lembab sangat nak paham padahal dalih2 dia tu laa signal nya??....Hissshh....lembab btol laaa otak saya ni...urrgggg!



Pabila berfikir sejenak, saya baru terasa mungkin melalui dia, saya diuji oleh-Nya. Selama ni saya tak perasan pulak. Tapi masa saya tengah sedih2 dan kecewa disebabkan dia saya cuba dengar rakaman motivasi dari Ustaz Pahrol Mohammas Juoi. Dalam banyak2 percakapan dia saya tertarik dengan ayat "melalui dia anda diuji oleh Allah". Ayat tu terus menusuk ke kalbu seolah - olah terkena pada diri sendiri.

Bila dikenang balik, saya selalu jugak gaduh dengan dia, salah faham dengan dia, terasa hati dengan dia, rasa macam dia tak layan saya laa, rasa macam dia dah berubah laa, rasa macam dia menjauhkan diri dari saya laaa dan macam2 lagi. Otak saya baru mula berfikir, mungkin itu ujian yang Allah cuba berikan pada saya. Allah nak tengok macam mana saya berhadapan dengan ujian tu. Secara logik nya, tentulah korang2 yang baca post ni rasa ujian tu simple gilerr kan, macam senang gilerr xde cabaran langsung.

Hakikat nya, bila kena pada saya jadi macam saya ni tak tentu arah...(v_v)   saya nangis, kerja jadi tak tentu hala, rasa lemah semangat, bila buat kerje sempat termenung, kerje jadi lambat, banyak baring sambil peluk dua ekor bears kesayangan saya, dan aktiviti2 yang banyak buang masa dan bertambah tidak berfaedah langsung. Hadoi2....ujian kecik tapi impak nya besar betol. Rapuh nya jiwa saya ni, patut laaa daa banyak kali putus cinta.

Dalam ruang waktu saya kesedihan dan kekecewaan bila mengetahui suatu kebenaran tapi dia sehabis boleh menyembunyikan...dengan kedatangan bulan ramadhan yang mulia ini....saya cuba jugak gagah kan diri untuk mengubati kelukaan dalam hati. Bunyi seperti saya menyalahkan dia tapi sebenarnya jauh dalam sudut hati saya, saya maafkan kesalahan dia. Mungkin dia ada sebab dia sendiri kenapa dia cuba menyembunyikan dari saya. Mungkin sebab tu ada kebaikan nya, jadi takpelah saya maafkan dia. Lagipun saya sayang sangat dia...<3 p="">


So ape saya buat?...hihihihi mungking korang boleh cuba lah kalau2 korang kecewa kan, sedih ke ape ke....lagipun semua orang ada cara tersendiri untuk mengubati hati masing - masing. Untuk saya pulak, saya pilih cara yang menenangkan, yang tidak akan timbul prasangka atau gosip2 bila saya membuat nya mahupun membuat orang lain terasa hati dengan saya, malahan tiada istilah membazir waktu plus bertambah pahala adalaa.....kikikiki

          1) Mendengar ceramah motivasi

             Memandangkan bulan ramadhan, jadi sayan dengar laaa ceramah motivasi. Kalau dulu time bukan waktu ramadhan saya suka dengar lagu korea sepanjang2 hari. Tapi saya daa buat experiment, kalau dengar lagu tu waktu dengar tu je rasa ok, bila daa habis battery nnt rasa down balik. Berbeza bila dengar ceramah motivasi, ia membuatkan saya berfikir dan merenung balik apa yang berlaku yang menyebabkan kesedihan say tu. Dengan itu, otak saya akan terbuka luas mencuba untuk korek2 bukan stakat permasalahannya, tapi juga penyelesaian kepada masalah tersebut. Motivator kegemaran saya adalah Ustaz Pahrol Mohammad Juoi dan Prof. Dr. Muhaya. Suka sangat saya dengar sebab ustaz tu kaya dengan bahasa dan analogi yang boleh masuk ke akal minda malahan menusuk kalbu...kikiki Prof. tu pulak membuatkan saya terpesona dengan gaya percakapan nye yang lemah lembut tetapi penuh makna.

         2) Membaca buku motivasi

             Sememang nye buku kegemaran saya adalah buku motivasi. Memang tak dinafikan atas meja saya penuh dengan buku motivasi dan kebanyakan buku motivasi kat rak bilik belajar tu ada yang saya pilih dan ada yang saya beli sendiri. Sampaikan adik2 saya pun hairan kenapa laaa saya suka sangat dengan buku motivasi sebab pada dieorg buku motivasi tu mengantok kan. Diorang tu suka cerita2 jadi sah2 laaa dieorg tu kaki novel dalam rumah ni. Macam nak roboh lak rak tu penuh dengan novel dieorg tu...ish3  Ok balik semula pasal buku motivasi tadi, buku2 saya kebanyakan nye hasil penulisan motivator kegemaran saya..(^_^)  Ohh, tak lupa juga buku yang dihadiahkan oleh dia "smile and enjoy your life" memang banyak mengubat hati saya. Dia memang faham yang saya ni "congek"..(love you so much my dear!!)



        3) Membaca Al-Quran

            Tidak dapat dinafikan lagi kebenaran nya memang nyata. Dengan membaca Al-quran hati menjadi tenang! Kadang - kadang tanpa saya dapat kawal, air mata berlinangan tatkala membaca Al-quran ketika saya kesedihan. Memang laaa masa tu saya sedihkan tapi daa berhenti menangis. Tengah2 baca Al-quran tu, air mata laju macam air terjun sebak nye menusuk kalbu....huhuhu Kalau korang nak rasa, cer try baca time korang sedih2....sentap beb!!

Haaaaa......hari pun daa mkin terang...punye laaa dari subuh tadi mencoret luahan hati baru ni nak habis....huhuhuhu okeylah, next time saya akan cuba share something yang lebih informatif untuk korang ye...(^_^)


#thanks for viewing this post...till then...bubye!!



2 comments: