Thursday, April 21, 2011

wanna know 2 : masalah 'kaki makan'

setelah membaca surat khabar lama.....sy trbaca article ni.....saje nk share2 sbb tgh boring ni dok kat rmh....hhuhuhu

memiliki bentuk badan menarik sememangnya diidamkan oleh setiap insan. Namun masalah perut buncit merupakan satu perkara perlu dielakkan lebih - lebih lagi bagi anda yang 'kaki makan'..(mcm sy laa tu)....hehehe Jadi amalkan tips ini:

1) Minum bayak air
Perut penuh disebabkan penyimpanan air, kurangkan masalah tersebut dengan minum lebih banyak air. Ia akan mencairkan kosentrasi sodium dalam tubuh dan meningkatkan pengeluaran air dari sistem perkumuhan.

2) Makan perlahan-lahan
Amalkan makan dengan cara duduk dan kunyah makanan dengan perlahan. Makanan yang tidak dikunyah dengan betul, tidak dapat dicerna dan menimbulkan banyak gas.

3) Kurangkan garam
Terlalu banayk garam hanya akan menambahkan lagi sodium dalam tubuh dan melambatkan pengeluaran air keluar dari sel. Akibatnya, perut terasa penuh dan buncit.

4) Elak sembelit
Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

5) Senaman
Senaman atau melakukan sedikt aktiviti olahraga akan membantu menggerakkan cairan dalam perut dan keluar sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk keluar sebagai air kencing.



....sekian tips untuk hr ni....(^_^)

No comments:

Post a Comment