Tuesday, January 18, 2011

gaya percintaan saya

hr ni td kelab PRS bukak kaunter soal selidik ttg gaya percintaan.....klu nk jwb soal selidik kne byr 50sen....sy pun ajak laa atema jwb....hehehe nk tau xape result nye?....keh3 die terang kn ttg 2 gaya yg dpt point plg tggi....sy dpt plg tggi PENGORBANAN n kedua tggi is ROMANTIS....hahahahahaha pstu die kasi kad ttg org yg mengamal gaya tu...nih nk share...(^_^)

PENGORBANAN :
Gaya perngorbanan merujuk kepada mereka yang suka membantu, amat memahami dan pemaaf. Gaya bercinta ini terlalu ekstrem menyebabkan individu terlalu penyabar terhadap objek yang dicintainya. Pengorbanan ini menyebabkan pemikirannya terbatas.
Pengamal gaya bercinta ini juga bersikap terbuka kerana ia boleh menerima cinta daripada orang yang berbeza-beza personalitinya. Mereka juga akan memberikan cinta dan kasih sayang dengan rela hati tanpa sebarang syarat kepada pasangannya.
Disini mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan orang yang mereka cintai itu bahagia dan selesa, bahkan mereka rela mengenepikan cita-cita ataupun kehendak dirinya sendiri asalkan pasangan mereka berjaya mendapatkan apa yang dikehendakinya.

ROMANTIS :
Gaya bercinta ini merujuk kepada cinta yang wujud hasil daripada tarikan fizikal yang sangat kuat pada pertemuan pertama. Mereka yang memiliki gaya ini mahukan penyatuan dan perpaduan dalam hubungan.
Mereka ini seboleh-bolehnya inginkan satu identiti dengan pasangannya contohnya dalam berpakaian dan mempunyai selera makan yang sama. Selalunya tarikan sosial yang menyebabkan pengamal gaya ini tertarik untuk membentuk hubungan. Pengamal gaya percintaan ini memandang cinta sebagai sesuatu yang sangat tinggi nilainya.


hahaha...xsgka rupenye ini gaya bercinta sy...hahahaks


No comments:

Post a Comment