Saturday, September 25, 2010

wanita : kerana diriku begitu berharga

Yesterday...24/9/2010...Since its the 1st day of minggu penghayatan Islam, there are many programmes are held in the campus....Yesterday morning, I join the talk about wanita:kerana dirimu begitu berharga by..hmmm...I forgot about the presenter coz i'm coming late...hahaks well,It mostly talk about muslimah of course.....I able to jot down some of the point even its not much enough, but still I would like to share it here....(^_^)
apa yang mempengaruhi kesejahteraan?
As a muslimah, we should:
> jaga pemakanan
> jaga pandanagn mata kita
> jaga kemaluan

Ilmu yang boleh memandu kesolehan kita :
  • ilmu -hati
  • ilmu-ibadah
  • ilmu-akhlak
  • ilmu-penampilan
ilmu boleh memandu kita dengan selamat, berhati-hati penuh waspada turuti aturan

Dalam brosher yg sy dpt, I also would like to share these:

LENGKAPKAH ISLAM JIKA
Hanya mengucap 2 kalimah syahadah
tapi tidak pernah melaksanakan ibadahNya....
Hanya mengaku sebagai hamba Allah
tapi tidak pernah melaksanakan perintahNya....
Hanya mengaku menyintai Rasulullah
tapi tidak pernah mengikut sunnahnya...
Hanya membeli Al-Quran dan mempamerkannya
tapi tidak pernah mengamalkannya......
Hanya sekadar mempercayai Qadak dan Qadar
tapi tidak pernah redha akan ketentuanNya....
Hanya mengaku kewujudan hari kiamat
tapi tidak pernah membuat persediaan untuknya.....

UMAT ISLAM UMPAMA BUIH
Dunia Islam kian tercabar, dicabar dan dihina oleh musush-musuh Islam. Umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa melihat saudara seagamanya ditindas. Hal ini sudah dapat diramal oleh Nabi Muhammad s.a.w sejak dulu lagi, dalam hadith nya:
"Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing-anjing , mengelilingi hidangan makanan. Sahabat bertanya adakah kerana bilangan umat Islam yang sedikit? Baginda menjawab tidak. Bahkan jumlah kamu masa itu banayak sebagimana banyak nya buih di permukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerun di dalam hati musuh terhadap kamu dan Allah mencampakkan dalam hati kamu 'al-wahan'. Sahabat bertanya ada dia wahan itu ya Rasulullah. Jawab Baginda 'cintakan dunia dan bencikan akhirat.
Dalam hadith nabi, Nabi memberikan 2 faktor mengapa berlakunya begini. cintakan dunia dan benci kepada mati. Umat Islam generasi pertama dahulu cintakan mati kerana dapat bertemu dengan Allah segera. Oleh sebab itu, bila ada panggilan jihad, mereka sukarela bergabung tenaga memerangi musuh Islam. Mereka tidak takut menghadap mati. Sebaliknya masyarakat Islam hari ini, takut kepada mati malahan mengingatkan mati pun dianggap menyekat kemajuan. Merka takut mati kerna memikirkan dosa yang terlalu banyak dilakaukan dan sedikit amalan pahala yang dibuat. Akhirnya semangat jihad memperjuangkan dan menegakkan agama Allah pudar dan terhakis.
Nabi menjelaskan punca kelemahan ini ialah wujudnya kecintaan kepada kehidupan dunia mengatasi kecintaan kepada akhirat. Apabila kecintaan ini meresap dan menjadi budaya hidup umat, Allah memasukkan perasaan berani dalam hati musuh Islam dan pada masa yang sama mencabut keberanian itu di dalam hati orang Islam lalu digantikan dengan perasaan penakut, takut kepada musush Islam.



No comments:

Post a Comment